Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis, tetapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok.
Jadi,
satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis
mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerana itu setiap
kali ada gesekan kecil, sang mancis terus terbakar. Kita mempunyai
kepala, dan juga otak, jadi kita tidak perlu terbakar marah hanya kerena
gesekan kecil.
Ketika burung hidup, ia makan ulat. Ketika burung
mati, ulat makan burung. Waktu terus berputar sepanjang zaman. Kitaran
kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan
kerena siapa mereka, tetapi kerena siapa diri kita.
Kita mungkin
berkuasa tapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita sedang
berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita. Waktu kita sakit,
kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA dan
siapa kawan kita sebenarnya.
Ketika kita tua, kita baru tahu
kalau masih banyak yang belum dikerjakan. Dan, setelah di ambang ajal,
kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.
Hidup
tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH
BERHARGA. Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling
menyokong.
Jadilah teman perjalanan hidup yg tanpa banyak soal
dan syarat. Believe in "Cause and Effect" Apa yang ditabur, itulah yang
akan kita tuai .
No comments:
Post a Comment