Showing posts with label pusat bertauliah. Show all posts
Showing posts with label pusat bertauliah. Show all posts

Saturday, February 18, 2012

JK Teknikal Bil. 1/2012 bertarikh 26 Januari 2012

Keputusan Mesyuarat JK Teknikal Bil. 1/2012 JPK bertarikh 26 Januari 2012 berkaitan dengan pelaksanaan Latihan Internship & Perlantikan PP bagi personel berstatus intern adalah seperti berikut :

  1. Mesyuarat dimaklumkan berkenaan dasar dan polisi bahawa pelatih yang mengikuti kursus VTO di CIAST dan sedang menjalani Internship tidak layak untuk dilantik sebagai personel pentauliahan kerana belum tamat kursus VTO. Pelatih yang dimaksudkan adalah yang belum berkhidmat dengan mana-mana PB sebelum menjalani kursus tersebut. 
  2. Mesyuarat memutuskan bahawa bagi permohonan PB baru atau penambahan program pentauliahan, PP yang sedang menjalani VTO adalah dibenarkan sekiranya PP tersebut memang telah dilantik oleh PB sebelum menjalani VTO. Walaubagaimanapun, pelajar intern yang belum attach dengan mana-mana PB tidak boleh dilantik oleh PB di mana pelajar tersebut ditempatkan untuk internship.

Friday, February 17, 2012

Permohonan Intern VTO I-031-3 CIAST



Sila klik Kriteria Pusat Bertauliah & Penyelia Internship

KRITERIA DAN PERANAN PUSAT BERTAULIAH & PENYELIA INTERNSHIP VTO (I-031-3) CIAST


Kriteria dan Peranan Pusat Bertauliah Internship

  1. Berdaftar sebagai Pusat Bertauliah (PB) dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK ) sepanjang Latihan Internship dijalankan. 
  2. Menawarkan  program latihan kemahiran (SKM) yang ditauliahkan oleh JPK yang bersesuaian dengan bidang  kemahiran Intern yang memohon penempatan internship. 
  3. PB hendaklah mempunyai  pelatih yang sedang menjalani latihan sepenuh masa  sepanjang Intern menjalani Internship. 
  4. PB wajib menawarkan jadual pengajaran kepada  Intern sekurang-kurangnya 300 jam daripada 720 jam. 
  5. Mempunyai penyelia yang berkelayakan seperti kriteria yang ditetapkan. 
  6. Menyediakan kemudahan yang dijanjikan sebagaimana yang dipersetujui di dalam Borang Jawapan Terima Intern.  **BARU 
  7. PB tidak dibenarkan menggunakan biodata dan persijilan Intern bagi tujuan pengiktirafan personel / Pusat Bertauliah melalui eJPK atau secara manual  tanpa persetujuan Intern  atau pihak CIAST.  **BARU 
  8. Menentukan 5 hari bekerja dalam seminggu dengan peruntukan 6 jam sehari masa bekerja tidak termasuk waktu rehat.  Tertakluk budibicara dan persetujuan bersama (PB dan Intern) sekiranya bekerja lebih masa diperlukan.  **BARU
Kriteria dan Peranan Penyelia Internship

  1. Seorang  personel yang  berkelayakan dalam  bidang kemahiran  SKM yang berkaitan.
  2. Boleh melaksanakan penyeliaan dan pemantauan dalaman secara berterusan terhadap  Intern. 
  3. Bertanggungjawab sebagai Mentor kepada  Intern. 
  4. Merupakan Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) di PB Internship berkenaan. 
  5. Pengalaman dalam bidang yang berkaitan sekurang-kurangnya 2 tahun. 
  6. Memiliki kelayakan mengajar bidang Pengajar Vokasional atau yang setara dengannya. 
  7. Dilantik oleh Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) Internship. 
  8. Menyediakan perancangan tugas dan jadual mengajar bagi Intern (sekurang-kurangnya 300 jam mengajar).
  9. Menyediakan Laporan Kehadiran Bulanan Latihan Internship untuk diserahkan kepada CIAST selewat-lewatnya pada 4hb. setiap bulan berikutnya.  **BARU 
  10. Menyelia secara berterusan perlaksanaan Program Internship untuk setiap Intern. 
  11. Menyediakan Laporan Prestasi Intern dan Laporan Pembangunan Bahan Pembelajaran sekurang-kurangnya  2 kali iaitu sebelum Lawatan Internship PP & PPL dijalankan. 
  12. Mengesahkan Buku Log Intern. 
  13.  Berada di PB semasa lawatan PP dan PPL.

 * Nota: CIAST berhak menukar penempatan intern ke mana-mana PB yang  bersesuaian dengan memberi notis, sekiranya didapati PB Internship tidak mematuhi  kriteria yang ditetapkan seperti di atas.

TAWARAN PENEMPATAN INTERNSHIP PELAJAR VTO CIAST SIRI 1/2012

Pusat Bertauliah (PB) yang menawarkan program SKM/DKM/DLKM dan telah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dipelawa untuk menyediakan penempatan internship pelajar VTO CIAST Siri 1/2012. Latihan internship dijadualkan bermula 23 April - 05 Oktober 2012. Rujuk Senarai Pelajar VTO 1/2012 untuk maklumat bidang/tahap kemahiran intern.

PB yang berminat DAN memenuhi syarat seperti Kriteria Pusat Bertauliah & Penyelia Internship, boleh membuat permohonan dengan menghubungi pegawai berikut :

1.  Mad Zufri bin Ismail, Unit Metodologi Vokasional
     Emel : mad.zufri@ciast.gov.my
     Tel : 03-55438237

2. Saluwa binti Masdar, Unit Metodologi Vokasional
     Emel : saluwa@ciast.gov.my
     Tel : 03-55438235

Maklumat berikut diperlukan bagi tujuan permohonan :

1. Kod & Nama Program SKM yang telah ditauliahkan dan ditawarkan di PB
2. Kemudahan yang ditawarkan kepada intern (sekiranya ada) :
    a. Elaun (RM) sebulan
    b. Asrama/rumah sewa
    c. Pengangkutan
    d. Lain-lain (sila nyatakan)
3. Bilangan intern yang boleh ditempatkan di PB mengikut bidang

PB yang mengemukakan maklumat tepat dan lengkap sebelum/pada 23 Mac 2012 akan diberi keutamaan. Penempatan intern ke PB adalah tertakluk kepada kesesuaian bidang & tahap kemahiran intern serta penyelarasan penempatan internship oleh pihak CIAST.

Sunday, February 5, 2012

Sesi Lawatan Internship ke Pusat Bertauliah..

Ummahatul Academy Kuala Selangor, 19/01/2012




Akademi Mastura Rawang, 18/01/2012





PH Academy Rawang, 18/01/2012



Wednesday, November 23, 2011

CIAST Menawarkan Tenaga Pengajar Kemahiran Percuma Menerusi Latihan Internship

Latihan Internship merupakan antara komponen latihan yang wajib dijalani oleh peserta kursus Vocational Training Officer (VTO) bagi melayakkan mereka dianugerahkan persijilan berkenaan seterusnya bergelar tenaga pengajar kemahiran. Tempoh internship selama 6 bulan (720 jam) memberi peluang kepada intern (pengajar pelatih) mempraktikkan segala kemahiran yang dipelajari sepanjang 3 bulan (360 jam) di CIAST. Pengalaman sebenar mengajar di Pusat Bertauliah dengan bimbingan dan pemantauan berterusan dari Penyelia Internship yang berkelayakan mampu menyediakan persekitaran yang menggalakkan intern berkembang dan membina keyakinan diri. 

Hubungan kerjasama antara CIAST dengan Pusat Bertauliah Awam dan Swasta seluruh Negara telah mula terjalin seawal April 2008 lagi. CIAST menyalurkan intern dan graduan VTO kepada Pusat Bertauliah yang berkelayakan dan memerlukan.  

Pusat Bertauliah pula memberi peluang kepada intern mengajar/melatih pelajar mereka dan seterusnya menyediakan peluang pekerjaan kepada intern yang berpotensi dan berjaya menamatkan latihan dengan cemerlang.

Benar! CIAST menawarkan tenaga pengajar kemahiran percuma kepada Pusat Bertauliah menerusi latihan internship.  Ini kerana sepanjang tempoh internship,  intern diwajibkan mengajar sekurang-kurangnya 300 jam dalam bidang kemahiran mereka. Selain dari mengajar, intern perlu dilibatkan dalam aktiviti dan tugas-tugas lain yang sesuai bagi membina kemahiran generik berkaitan kerja di Pusat Bertauliah.  Khidmat mereka ini tidak wajib dibayar oleh Pusat Bertauliah kerana intern tetap menerima elaun dari CIAST untuk keseluruhan tempoh latihan program VTO ini . Namun demikian, sebahagian besar Pusat Bertauliah yang bekerjasama dengan CIAST tetap menyediakan elaun dan kemudahan-kemudahan lain kepada intern sebagai saguhati dan motivasi bagi membantu intern menjalani latihan dengan selesa. Sokongan dari Pusat Bertauliah ini menjadikan intern dan graduan VTO CIAST seperti ‘pisang goreng panas’ di petang hari.  

Sistem penilaian latihan internship yang menyeluruh melibatkan Pegawai Penilai dari CIAST, Personel/Penyelia Internship di Pusat Bertauliah dan Pegawai Pengesah Luaran yang berpengalaman dan dilantik oleh  JPK dapat memastikan pemegang Sijil VTO ini benar-benar berketrampilan sebagai tenaga pengajar sepanjang pelaksanaan program latihan kemahiran.  Kajian menunjukkan hampir  90% intern CIAST ditawarkan sebagai tenaga pengajar di Pusat Bertauliah Swasta seluruh Negara setelah tamat menjalani latihan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hostgator coupon