Monday, October 31, 2011

Objektif Modul @ Module Objective (MO) _Part 02

Ya bertemu kembali !  ^^

Masih membincangkan tentang MO.. tapi kali ini mari kita lihat tatacara penetapan MO secara reverse engineering ya.. Melalui pendekatan sebegini, chekgu2 boleh lihat sumber@punca dimana maklumat utk penetapan MO boleh diperolehi.. Kita ambil contoh dari Modul 09 Program I-031-3 Vocational Training Officer (VTO) ^^


Perhatikan pula Task Profile (TP) bagi setiap task yg membentuk Modul 09 ini.. Dalam modul ini, Task 03.01 & 03.02 dikelompokkan (clustered) membentuk Modul 09 Teaching Techniques.. Chekgu pilih Modul 09 nie sbg contoh sebab task yg terlibat tak banyak ^^.. so mudah sikit Chekgu nak paste gambar/carta yg berkaitan.. Cer lihat yer TP berikut ..

Task Profile 03.01 (gambar ada sedikit gegaran juge.. ada masa nanti Chekgu replace dgn the better one yer)

Task Profile 03.02

Jadi, semua dokumen  yg perlu dirujuk dah ada di depan mata.. Kita cuma perlu fahami keperluan pelaksanaan setiap task yg disampaikan menerusi task profile di atas ke arah menghasilkan Modul 09 ini... Keperluan pelaksanaan tersebut bermaksud :

1. Apakah aktiviti@task yg perlu dibuat.. merangkumi langkah-langkah kerja (step) bagi setiap task
2. Apakah Tool, Equipment & Materials (TEM) yg digunakan untuk melakukan task@steps terbabit
3. Apakah aspek Knowledge, Skills, Attitude & Safety yg terlibat dalam pelaksanaan task@steps
4. Apakah Standard Prestasi @ Performance Standard yang ditetapkan untuk task terbabit

Dengan memahami kesemua perkara di atas, elemen2 yg diperlukan untuk membentuk Objektif Module dapat dibangunkan dengan lebih mudah dan berkesan..

Kita mulakan dengan menentukan Action bagi Modul O9 Teaching Techniques..

Sangat mudah! Dengan menjawab persoalan, apakah aktiviti @ kata kerja (verb) yg boleh digunakan supaya kesemua Teknik Pengajaran (Teaching Techniques) boleh disampaikan oleh pengajar, elemen Action boleh dikenalpasti..

Formula Action =  Verb + Tajuk Modul (diubah jika perlu mengikut kesesuaian)
Maka, Action bagi Modul 09 = Deliver Teaching Techniques

Untuk elemen seterusnya, kita jumpa di lain posting ya! Adios ^^



Sunday, October 30, 2011

Objektif Modul @ Module Objective (MO) _Part 01

Mukadimah ^^,

Tajuk nie memang skema sikit ye..tapi bila dah namanya chekgu kemahiran memang kita x dapat lari dari tugas membangunkan WIM.. Bila nak membangunkan WIM nie, for sure chekgu kena tentukan Objektif Modul @ Module Objective (MO).. tak boleh tidak!

Cer kita semak, sekiranya MO bagi modul yg berkaitan hanya ditetapkan di peringkat awal pembangunan WIM,  konsep tersebut sebenarnya tidak tepat.. Ini kerana MO sepatutnya ditentukan selepas fasa Review & Refine (R&R) semasa proses Pembangunan Manual Latihan dilaksanakan..  dimana semua maklumat termasuk MO dimuatkan dalam 1 dokumen ringkasan yg dipanggil Module Profile.. Maklumat di dalam Module Profile inilah yg akan diceduk oleh pengajar untuk menghasilkan dokumen CoS dan WIM di peringkat seterusnya.. 

Banyaknya pula istilah yer.. jangan sampai tergeliat lidah sudah ^^..

Chekgu2 semua.. Sebelum terlupa, aims kita pada hari ini ialah :

Aims :
1. Bangunkan Objektif Modul berpandukan modul yang dikenalpasti dengan memenuhi elemen-elemen Action, Condition & Criteria
2. Bezakan Objektif Modul dengan Performance Standard (PS)

Namun demikian, oleh kerana mata Cekgu nie tak mengizinkan Chekgu celik lebih lama.. Hari ini Chekgu  bincangkan aims yg pertama dahulu.. hokey^^.. bila ada masa nanti kita akan bincangkan aims yg ke-2 pulok..

Mari kita rujuk Carta Alir Proses Pembangunan Manual Latihan & 1 contoh Module Profile di bawah...

Carta Alir Proses Pembangunan Manual Latihan (Training Manual)



Proses Pembangunan CoS

Contoh Module Profile dimana bahagian yg dibulatkan merah ialah Objektif Modul

Objektif Modul (MO) nie merupakan antara elemen yg perlu dikenalpasti ketika proses Pembangunan Manual Latihan sama ada Course of Study (CoS) mahupun Learning Guide (LG)... MO ini menggambarkan keseluruhan kandungan sesuatu modul latihan iaitu :

1. Aktitviti atau kerja yang dilakukan untuk mencapai Objektif Modul berkenaan (Action)

2. Peralatan, Kelengkapan & Bahan @ Tool, Equipment & Material yang digunakan (Condition)

3. Kriteria proses kerja yang perlu dipatuhi dan standard penghasilan produk/perkhidmatan/keputusan yg perlu dicapai (Criteria) .. juga dikenali sebagai How Statement..

Bagaimanakah cara membangunkan MO? Rujuk contoh di bawah utk mendapatkan gambaran proses penetapan MO..

Contoh MO 1

Action : Design Programme

Condition :  
Using Industry expert, facilities, visual aids, meeting facilities, management information system, manufactures operating instructional, inventory list, National Occupational Skill Standard (NOSS), Course of Study references, training facilities inventory and training program/information  

Criteria :
so that job analysis compiled,  Course Outline prepared, Course of Study produced, learning package developed and training schedule produced in accordance with job specification requirement and Standard Operating Procedures.


Contoh MO 2
Action : Buat baju kemeja
Condition  
Menggunakan mesin jahit, fabrik, benang dan peralatan jahitan  
Criteria :
Supaya fesyen kemeja dikenalpasti, ukuran badan diambil, pola dipotong, fabrik kemeja digunting dan dijahit mengikut kehendak  dan keselesaan pelanggan


 
Halamak! Chekgu mengantuk sudah.. to be continue ya! gud nite  ^^

Friday, October 28, 2011

Galeri Kemahiran

Kerjasama dengan Singapura dalam pendidikan vokasional & teknikal merupakan antara usaha Kerajaan ke arah memperkasakan latihan kemahiran Malaysia.
KOSMO! Rabu 26 Okt 2011




Sunday, October 23, 2011

Program 'Vocational Training Officer' (VTO), I-031-3

Program 'Vocational Training Officer' (VTO), I-031-3 atau turut dikenali sebagai Program Sijil Pengajar Vokasional (Tahap 3) ditawarkan di CIAST sejak April 2008. Tempoh program ialah 9 bulan dimana 3 bulan (360jam) pertama melibatkan latihan methodologi di CIAST dan 6 bulan (720jam) berikutnya melibatkan latihan internship di Pusat Bertauliah Swasta. Program ini merupakan program sepenuh masa yg ditawarkan kpd pemegang SKM dgn sekurang-kurangnya Tahap 3. Kemudahan seperti asrama & elaun disediakan.


Saturday, October 22, 2011

Kerjaya sebagai Pengajar Kemahiran

Kesinambungan dari posting yg lepas, berkenaan Persijilan Kemahiran Malaysia yg Chekgu cedok sepenuhnya dari portal JPK - www.dsd.gov.my, hari ini Chekgu nak mempromosikan laluan kerjaya sebagai Pengajaran Kemahiran kepada pemegang2 Sijil, Diploma & Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia seluruh negara.

Setelah menamatkan latihan di Pusat-pusat Bertauliah, cuba mohon Program 'Vocational Training Officer' (VTO) I-031-3 di CIAST Shah Alam. Dengan memiliki Sijil VTO + SKM/DKM/DLKM, anda layak menjadikan Pengajar Kemahiran sebagai satu profesyen @ kerjaya.

Program VTO ditawarkan bertujuan melahirkan tenaga pengajar berketrampilan sebagaimana keperluan Akta 652 (NASDA) Standard 6 & memenuhi syarat/kriteria lantikan PP/PPD di Pusat Bertauliah iaitu :

"Memiliki sekurang-kurangnya SKM dalam bidang pengajar vokasional atau sijil perguruan vokasional atau sijil latihan mengajar vokasional  yang diiktiraf oleh JPK"

NASDA merupakan singkatan daripada 'National Skills Development Act 2006' atau dikenali juga sebagai 'Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006'.  Tarikh kuatkuasa akta ini telah ditetapkan pada 1 September 2006.

Bagi yg berminat untuk memohon boleh serbu ke portal CIAST - www.ciast.gov.my untuk permohonan secara online. Sebelum itu, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan memohon program ini iaitu :

  • Pemohon adalah Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 35 tahun 
  • Lulus dalam SPM atau setaraf dengannya dengan Kepujian dalam Bahasa Malaysia (BM); dan
  • Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3.

Berikut adalah antara foto2 kenangan graduan VTO CIAST dari sesi 2008 hingga 2011. Jangan ketinggalan untuk menyertai mereka !! ^^











Persijilan Kemahiran Malaysia

Persijilan Kemahiran Malaysia merupakan salah satu fungsi utama JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran). Persijilan ini menawarkan lima (5) tahap persijilan iaitu :

1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 
2. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2      
3. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 
4. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 
5. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5

Persijilan Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui tiga (3) kaedah:

1. Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf
Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.

2. Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN) 
Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.

3. Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT) 
Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan) tanpa perlu menduduki ujian. Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.

Faedah Persijilan Kemahiran Malaysia


  • Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia.
  • Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
  • Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.
Syarat Kelayakan Menyertai Persijilan Kemahiran Malaysia
Syarat minimum menyertai latihan Persijilan Kemahiran Malaysia Kaedah Pertauliahan melalui Institusi Latihan yang diiktiraf, calon-calon mestilah :
  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  • Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama.

Pelajaran (The Lesson)

Chekgu nak berkongsi tentang Pelajaran @ Lesson..
Chekgu2 semua tentu arif tentang Lesson nie kan? Apa ciri-ciri sesuatu Lesson.. Kandungan sesuatu Lesson.. Kandungan merujuk kpd apa yg chekgu sampaikan semasa sesi pengajarannya.. Kandungan Lesson tue pula perlulah menjurus kpd ciri-ciri yg perlu ada pada sesuatu Lesson.. Cer tengok rajah di bawah untuk ciri-ciri tersebut..




1. Bersatu (Unity)
Lengkap isi kandungannya. Iaitu merangkumi semua elemen teori/amali task2 yang berkaitan dengan tajuk Lesson tersebut. Kandungan Lesson perlu bertepatan dengan tahap kemahiran Program/Kursus yg dijalankan.

Setelah keseluruhan kandungan Lesson disampaikan, pengajar perlu pastikan terdapat 'hasil' pembelajaran yang boleh diukur (menjurus kepasa Aims).

2. Mengandungi Unsur Baru (New Elements) 
Bukan bermaksud unsur-unsur seperti api, air, tanah tu yer! huhu.. Unsur di sini bermaksud teori, prinsip, kemahiran atau teknologi terbaru yg berkaitan dengan tajuk Lesson. Contohnya, kalau dulu chekgu Pedagogy mengajar gunakan kertas majung + marker, hari ini chekgu VTO boleh perkenalkan alat bantuan mengajar seperti e-Learning Modules/Content, Simulation Software, Multimedia Video, Power Point Presentation, Model dan bermacam-macam lagi.

3. Berkait dgn Pelajaran Lain (Related to Other Lesson)
Pernah tengok drama bersiri? Nur Kasih.. Nora Elena.. Tahajud Cinta.. mcm2 drama lagi ada kan skrg nie.. Lazimnya apakah yg dipaparkan sebelum & selepas sesuatu jalan cerita siri drama tersebut ditayangkan? ermm.. ada ditunjukkan barisan pelakon.. sorotan/sedutan cerita siri yg lepas.. baru disusuli dgn jalan cerita siri pada hari ini.. bila dah dekat2 nak abis masa, ditayangkan pula sorotan jalan cerita siri yg akan datang.. 


Begitu jugalah yg seharusnya berlaku apabila chekgu mengajar. Perlu dikaitkan dengan pelajaran yang lalu. Apa kepentingan pelajaran yg lalu dgn pelajaran hari ini & akan datang.. Pengajar Kemahiran memang tak boleh lari dari menggunakan pendekatan 4 steps pattern dalam sesi pengajaran.. Antara kriteria yg dinilai semasa fasa (step) Penyampaian ialah 'mengulangkaji pelajaran yg lepas dan kaitkan dgn pelajaran yg akan diajar'..

Chekgu2 dah boring ker? hehe.. sat jer lagi yer.. 3 point jer lagik.. lagu nie dlm kelas Chekgu dah suruh pelatih jogging setempat.. hehe cer cuba.. kot2 leh cerah sikit mata tu nooo ^^ ..

4.  Skop Kandungan yang Munasabah (Reasonable in Scope)
Lesson yg disampaikan tu perlulah sesuai yg tempoh masa yg diperuntukkan.. Kadang2 kandungan terlalu banyak tetapi masa x cukup.. chekgu x boleh nak jelaskan dgn pjg lebar.. aktiviti pengajaran pun menjadi terhad dok nak kejar masa..Yang penting isi kandungan kena mencukupi & mampu mencabar minda pelatih..

5.  Aktiviti yg Sesuai ( Suitable Activities)
Berbeza dengan Pensyarah, seorang Pengajar Kemahiran perlu mempelbagaikan kaedah penyampaian dengan menyediakan aktiviti2 yg bersesuaian dgn kandungan Lesson.. Aktiviti yg sesuai bagi pelatih sama pentingnya dgn penyampaian yg dilaksanakan oleh pengajar...

6. Kesempurnaan yg Boleh Diukur oleh Pelatih (Measurable Accomplishment by the Trainees)
Merujuk kpd objektif (aims), pengajar perlu pastikan pelatih telah mencapai semua objektif Lesson sebelum beralih ke Lesson seterusnya.. Objektif merupakan sesuatu pencapaian yg boleh dinilai @ diukur oleh pengajar & pelatih itu sendiri.. Sebab tue chekgu perlu menyemak dari masa ke semasa samada pelatih telah faham atau mahir dalam keseluruhan aims & kandungan Lesson teori/amali yg disampaikan.. Jika ya, bolehlah beralih ke Lesson seterusnya..

Sekian ^^ 


Thursday, October 20, 2011

Selamat Datang ke blog ChekguMahir :))

Blog ini dicipta khusus untuk chekgu2 kemahiran di luar sana.. bakal2 chekgu kemahiran juga amat dialu2kan menjenguk blog Chekgu yg x seberapa ini.. Ya! chekgu kemahiran = Pengajar Kemahiran.. yang mengendalikan Program Latihan Kemahiran seperti SKM, DKM, DLKM, VTO kursus2 modular/customised dll..  lepak sambil berkongsi pengalaman.. bak kate chekgu kepada Chekgu dolu2.. katanya, 'Sharing is Caring'.. kalau x kongsi macamana pelatih nak tahu, nak mahir & sayang chekgu.. mari kita berkongsi ilmu latihan kemahiran agar chekgu2 dapat amalkannya sepanjang sesi pengajaran-pembelajaran dgn pelatih2 chekgu..

Apa yg sinonim dengan sistem latihan kemahiran ni yer? Sistem Pentauliahan, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Vocational Training Officer (VTO), Written Instructional Material (WIM), Course of Study (CoS), 4 Steps Pattern.. Internship.. huhu banyak lagi kan..  tak tersebut Chekgu!

Apa2 pun.. mari kita capai persepakatan bersama sebelum Chekgu masyuk berblogging.. Chekgu2 semua.. Aims blog Chekgu pada hari ini & seterusnya ialah :

1.  Kenalpasti 'subjek matters' dlm arena latihan kemahiran yg nak dikongsikan.
2.  Bincangkan 'subjek matters' yg telah dikenalpasti.
3.  Simpan hasil perbincangan 'subjek matters' untuk rujukan chekgu2 kemahiran semua.
4.  Laksana sesi penyampaian Pelajaran (Lesson) seiring hasil perbincangan 'subjek matters' .




Ermm.. apa yg susah sangat nak faham aims Chekgu nih! huhu.. dengan kata lainnya.. apa yg dikongsikan di blog ini bolehlah dijadikan panduan untuk Persediaan, Penyampaian, Penggunaan & Pengesahan chekgu2 sekalian semasa sesi pengajaran di institut atau Pusat Bertauliah nanti ..

Jumpa lagi ^^ ..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hostgator coupon