Saturday, October 22, 2011

Kerjaya sebagai Pengajar Kemahiran

Kesinambungan dari posting yg lepas, berkenaan Persijilan Kemahiran Malaysia yg Chekgu cedok sepenuhnya dari portal JPK - www.dsd.gov.my, hari ini Chekgu nak mempromosikan laluan kerjaya sebagai Pengajaran Kemahiran kepada pemegang2 Sijil, Diploma & Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia seluruh negara.

Setelah menamatkan latihan di Pusat-pusat Bertauliah, cuba mohon Program 'Vocational Training Officer' (VTO) I-031-3 di CIAST Shah Alam. Dengan memiliki Sijil VTO + SKM/DKM/DLKM, anda layak menjadikan Pengajar Kemahiran sebagai satu profesyen @ kerjaya.

Program VTO ditawarkan bertujuan melahirkan tenaga pengajar berketrampilan sebagaimana keperluan Akta 652 (NASDA) Standard 6 & memenuhi syarat/kriteria lantikan PP/PPD di Pusat Bertauliah iaitu :

"Memiliki sekurang-kurangnya SKM dalam bidang pengajar vokasional atau sijil perguruan vokasional atau sijil latihan mengajar vokasional  yang diiktiraf oleh JPK"

NASDA merupakan singkatan daripada 'National Skills Development Act 2006' atau dikenali juga sebagai 'Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006'.  Tarikh kuatkuasa akta ini telah ditetapkan pada 1 September 2006.

Bagi yg berminat untuk memohon boleh serbu ke portal CIAST - www.ciast.gov.my untuk permohonan secara online. Sebelum itu, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan memohon program ini iaitu :

  • Pemohon adalah Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 35 tahun 
  • Lulus dalam SPM atau setaraf dengannya dengan Kepujian dalam Bahasa Malaysia (BM); dan
  • Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3.

Berikut adalah antara foto2 kenangan graduan VTO CIAST dari sesi 2008 hingga 2011. Jangan ketinggalan untuk menyertai mereka !! ^^











1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt serta salam sejahtera bagi yang bukan beragama Islam, Sedikit Tips untuk Tuan/Puan semua untuk kita berkongsi bersama,
    Tips Memilih Bilik Seminar Untuk Event Anda:
    1. Kos Yang Berpatutan.
    2. Lokasi Yang Strategik.
    3. Suasana Yang Selesa.
    4. Perkhidmatan & Kemudahan Yang Ditawarkan 100% Berpuas Hati.
    hasnitakhai - www.ibululuclassroom.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hostgator coupon