Showing posts with label Perhimpunan Perdana Warga Kemahiran 2012. Show all posts
Showing posts with label Perhimpunan Perdana Warga Kemahiran 2012. Show all posts

Wednesday, July 11, 2012

Tingkatkan Kerjasama Kerajaan-Industri Untuk Lahirkan Tenaga Kerja Mahir - Muhyiddin

PUTRAJAYA, 10 Julai (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin mahukan kerjasama strategik antara pihak kerajaan dan industri ditingkatkan lagi agar perkembangan latihan kemahiran bergerak seiring dengan kemajuan teknologi dan inovasi.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerjasama itu perlu memandangkan hanya 25 peratus daripada tenaga buruh negara ini merupakan pekerja berkemahiran tinggi, manakala 75 peratus lagi berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau lebih rendah.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, yakin usaha komprehensif dan bersepadu antara sektor awam, swasta dan masyarakat dapat meningkatkan keberkesanan pembangunan modal insan dan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang diperlukan negara.

"Kerjasama antara sektor awam dan swasta bukan sahaja dapat membantu dalam peningkatan kualiti kemahiran, malah dapat memastikan tenaga kerja terlatih bersesuaian dengan keperluan industri," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Perdana Warga Kemahiran 2012, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari Selasa.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Pengerusi Majlis Pertandingan Kemahiran Malaysia Datuk Maznah Mazlan, Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Zainal Rahim Seman dan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Dr Pang Chau Leong.

Lebih 5,000 peserta terdiri daripada pelajar dan tenaga pengajar pusat latihan kemahiran awam dan swasta menghadiri majlis yang julung kali diadakan untuk menguar-uarkan kesungguhan kerajaan yang menjadi tunjang kepada pembangunan tenaga kerja mahir.

Muhyiddin berkata negara sedang memikul tanggungjawab besar dalam usaha melahirkan tenaga kerja mahir dengan menyasarkan 35 peratus tenaga kerja mahir menjelang 2015 dan 50 peratus menjelang 2020, setanding negara maju seperti Singapura, Taiwan dan Korea.

Selain itu, katanya Malaysia perlu beralih daripada aktiviti ekonomi yang bernilai tambah rendah kepada aktiviti yang bernilai tambah tinggi.

Peralihan itu, kata beliau perlu menjurus kepada pertumbuhan ekonomi dan menggerak transformasi daripada negara dengan kos pekerja dan kemahiran rendah kepada negara dengan kos pekerja dan kemahiran tinggi.

"Dengan pelaksanaan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), lebih daripada RM1 trilion nilai pelaburan baru akan dihasilkan dan kira-kira 3.3 juta pekerjaan baru dijangka diwujudkan menjelang tahun 2020.

"Kira-kira 60 peratus daripada pekerjaan tersebut adalah daripada kategori kemahiran tinggi dan sederhana yang memerlukan nilai-nilai kreativiti, pengkhususan, fleksibiliti dan produktiviti lebih tinggi," katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan menerusi dasar transformasi negara, telah menggariskan program yang memfokuskan kepada langkah jangka pendek dan jangka panjang bagi meningkatkan kemahiran tenaga kerja dengan tumpuan kepada memenuhi keperluan industri dan memacu produktiviti.

Antaranya ialah usaha menggalakkan lebih banyak penganjuran dan penyertaan pekerja dalam pertandingan kemahiran di peringkat nasional dan antarabangsa untuk menonjolkan kemahiran, bakat serta kreativiti mereka serta memperoleh pengalaman bagi peningkatan diri dan kerjaya.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru majikan-majikan lain di sektor swasta supaya tampil ke hadapan menyokong dan menaja pertandingan-pertandingan kemahiran seperti ini agar ia menjadi lebih kompetitif dan berkesan," katanya.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada ketua kontinjen Malaysia yang menyertai Pertandingan Kemahiran Asean 2012 di Jakarta, Indonesia dari 10 hingga 18 Nov ini dan melancarkan projek 'Road To Leipzig Gold 2013' bagi menyemarakkan penyertaan Malaysia di Pertandingan Kemahiran Dunia di Leipzig, Jerman dari 1 hingga 7 Julai 2013.

-- BERNAMA

Tuesday, July 10, 2012

Galeri Skills Malaysia @ Perhimpunan Perdana Warga Kemahiran, 10 Julai 2012




















Capitalise On Strategic Alliance To Produce Skilled Workers - Muhyiddin

PUTRAJAYA, July 10 (Bernama) -- The government and the industry should enhance their strategic alliance to enable the development of skills training keep pace with technology and innovation advancement, said Tan Sri Muhyiddin Yassin.

The deputy prime minister said the collaboration was necessary as only 25 per cent of the country's workforce was made up of highly-skilled workers while 75 per cent held only Sijil Pelajaran Malaysia certificate or lower qualifications.

Muhyiddin, who is also education minister, said he was confident that comprehensive and integrated efforts between the public and private sectors, and the community could enhance the effectiveness of human capital and highly-skilled workforce development.

"The cooperation between the public and private sectors will not only help improve skills quality, but also ensure that the trained manpower meets the industry needs," he said at the Skilled Workforce Premier Assembly 2012 at the Putrajaya International Convention Centre (PICC) here Tuesday night.

Muhyiddin said the country targeted to produce 35 per cent skilled labour by 2015 and 50 per cent by 2020, which would be comparable to developed countries such as Singapore, Taiwan and South Korea.

Emphasising the need for the country to shift from low value-added economy to high value-added economy, he said the transition should spur the economic growth and transform the manpower from low-wage, unskilled workers to high-wage, high-skilled workers.

"With the implementation of the National Key Economic Areas, more than RM1 trillion worth of new investments are expected to be generated and 3.3 million jobs created by 2020.

"About 60 per cent of the jobs will be in the high and medium-skilled categories which require creativity, specialisation, flexibility and higher productivity," he said.

Muhyiddin said the government through the national transformation policy outlined programmes that focused on short and long-term measures to upgrade manpower skills by focusing on the needs of the industry and driving productivity.

He also called the private sector to support and sponsor skills competitions.

Muhyiddin later handed over the national flag to the Malaysian contingent which would be taking part in the Asean Skills Competition in Jakarta from Nov 10 to 18 and launched the "Road to Leipzig Gold 2013" project in conjunction with Malaysia's participation in the World Skills Competition (WSC) in Leipzig, Germany from July 1 to 7.

-- BERNAMA 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hostgator coupon