Monday, November 28, 2011

Salam Maalhijrah 1433H

Salam Maalhijrah buat semua pengunjung blog Chekgu yang dikasihi...

Hijrah membawa erti perubahan... perubahan dari sekecil-kecil aspek sehinggalah kepada perubahan global... perubahan memerlukan pengorbanan dan iltizam.. tekad dari seketul daging bernama hati.. agar kekal tegar membuat dan meneruskan perubahan.. bermula dengan perubahan diri.. perubahan diri ke arah kebaikan.. yang mampu membawa perubahan bererti dan bermakna buat keluarga, masyarakat, agama dan negara...

Bagi diri Chekgu.. Tahun baru ini diharap dapat membawa perubahan yang baik buat diri Chekgu.. agar dapat memberi khidmat terbaik kepada anak-anak, keluarga, pelajar-pelajar Chekgu, organisasi tempat Chekgu mencari rezeki... seterusnya menyumbang kepada agama & negara tercinta secara tidak langsung...InsyaAllah...

Terlalu banyak cabaran sepanjang 1432H/2011M.. tidak sepenuhnya berjaya dilalui dengan baik.. penuh ikhlas dan takwa.. 

Ya Allah.. kurniakanlah kekuatan dan kesabaran andai tahun ini Kau uji lagi diriku.. Kentalkanlah hatiku agar terus berada di jalanMu... bantulah aku agar tidak mengulang kembali kesilapan lalu.. jadikanlah diriku insan bermanfaat ketika hidupku dan matiku.. Ikhlaskan jiwa ini.. yakinkanlah diri ini.. bahawa ujianMu adalah untuk hamba yang Kau kasihi.. agar aku tidak hilang kasihMu di dunia dan di akhirat nanti... Amin Ya Rabbal Alamin..

Friday, November 25, 2011

Tazkirah Jumaat - Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah
Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.


Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.


Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.


Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar , maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam
perkara-perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu,mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita- wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikan zakat atas harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. 


Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh. Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. 

Wahai manusia, tiada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. 

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMU.

Wednesday, November 23, 2011

CIAST Menawarkan Tenaga Pengajar Kemahiran Percuma Menerusi Latihan Internship

Latihan Internship merupakan antara komponen latihan yang wajib dijalani oleh peserta kursus Vocational Training Officer (VTO) bagi melayakkan mereka dianugerahkan persijilan berkenaan seterusnya bergelar tenaga pengajar kemahiran. Tempoh internship selama 6 bulan (720 jam) memberi peluang kepada intern (pengajar pelatih) mempraktikkan segala kemahiran yang dipelajari sepanjang 3 bulan (360 jam) di CIAST. Pengalaman sebenar mengajar di Pusat Bertauliah dengan bimbingan dan pemantauan berterusan dari Penyelia Internship yang berkelayakan mampu menyediakan persekitaran yang menggalakkan intern berkembang dan membina keyakinan diri. 

Hubungan kerjasama antara CIAST dengan Pusat Bertauliah Awam dan Swasta seluruh Negara telah mula terjalin seawal April 2008 lagi. CIAST menyalurkan intern dan graduan VTO kepada Pusat Bertauliah yang berkelayakan dan memerlukan.  

Pusat Bertauliah pula memberi peluang kepada intern mengajar/melatih pelajar mereka dan seterusnya menyediakan peluang pekerjaan kepada intern yang berpotensi dan berjaya menamatkan latihan dengan cemerlang.

Benar! CIAST menawarkan tenaga pengajar kemahiran percuma kepada Pusat Bertauliah menerusi latihan internship.  Ini kerana sepanjang tempoh internship,  intern diwajibkan mengajar sekurang-kurangnya 300 jam dalam bidang kemahiran mereka. Selain dari mengajar, intern perlu dilibatkan dalam aktiviti dan tugas-tugas lain yang sesuai bagi membina kemahiran generik berkaitan kerja di Pusat Bertauliah.  Khidmat mereka ini tidak wajib dibayar oleh Pusat Bertauliah kerana intern tetap menerima elaun dari CIAST untuk keseluruhan tempoh latihan program VTO ini . Namun demikian, sebahagian besar Pusat Bertauliah yang bekerjasama dengan CIAST tetap menyediakan elaun dan kemudahan-kemudahan lain kepada intern sebagai saguhati dan motivasi bagi membantu intern menjalani latihan dengan selesa. Sokongan dari Pusat Bertauliah ini menjadikan intern dan graduan VTO CIAST seperti ‘pisang goreng panas’ di petang hari.  

Sistem penilaian latihan internship yang menyeluruh melibatkan Pegawai Penilai dari CIAST, Personel/Penyelia Internship di Pusat Bertauliah dan Pegawai Pengesah Luaran yang berpengalaman dan dilantik oleh  JPK dapat memastikan pemegang Sijil VTO ini benar-benar berketrampilan sebagai tenaga pengajar sepanjang pelaksanaan program latihan kemahiran.  Kajian menunjukkan hampir  90% intern CIAST ditawarkan sebagai tenaga pengajar di Pusat Bertauliah Swasta seluruh Negara setelah tamat menjalani latihan. 

Mengarusperdanakan Latihan Kemahiran.. Tanggungjawab Siapa??

Negara yang memiliki peratusan besar tenaga mahir (Skills Workers) dan berpengetahuan (K-Workers) akan mempunyai kelebihan berbanding negara-negara lain dari sudut ekonomi. Perubahan dan cabaran yang dibawa oleh proses globalisasi menjadikan pekerja mahir antara aset penting dalam usaha merealisasikan hasrat kerajaan mentransformasikan Malaysia ke status negara berpendapatan tinggi menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan pada 21 September 2010 lalu.


Sehubungan ini, tenaga pengajar kemahiran perlu menjiwai peranan penting mereka dalam usaha memenuhi matlamat mengarusperdanakan latihan kemahiran sebagai antara bidang keberhasilan utama Negara.  Rakyat Malaysia khususnya tenaga kerja pula perlu terus memajukan diri dan berusaha meningkatkan kemahiran diri kerana kemahiran yang diperlukan oleh Negara sentiasa berubah dan berkembang.  

Kementerian Sumber Manusia menerusi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah merangka stratergi dan program bagi menjana tenaga kerja dinamik secara berterusan menerusi pelbagai program latihan kemahiran seperti Persijilan Kemahiran Malaysia (5 tahap persijilan berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan, NOSS), Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), Latihan Sangkutan Industri (LSI), Program Latihan COACH Industri, kursus-kursus kemahiran jangka pendek (Modular dan Customised) yang dirangka bagi memenuhi keperluan Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT) dan sebagainya. 


Program-program latihan ini sentiasa disemak semula bagi memenuhi keperluan majikan/industri dan juga selaras stratergi pembangunan Kerajaan.  Program-program ini juga sentiasa dipantau untuk memastikan bahawa kandungan kursus yang ditawarkan selari dengan kehendak pasaran. Sehingga September 2011, sejumlah 349 Pusat Bertauliah (PB) Awam dan 645 Pusat Bertauliah Swasta menawarkan program latihan kemahiran ini tertakluk kepada pengkhususan tahap dan bidang kemahiran di PB berkenaan.

Kerajaan juga menerusi Tabung Pembangunan Kemahiran telah menyediakan sokongan kewangan dalam bentuk pinjaman, tajaan dan sumbangan kepada pekerja-pekerja daripada pelbagai sektor perindustrian bagi menggalakkan tenaga kerja meningkatkan kemahiran menerusi latihan yang bersesuaian secara berterusan.

Terkini menerusi pembentangan Bajet 2012, sejumlah RM320 juta diperuntukkan khusus untuk melengkapkan generasi muda Negara dengan pelbagai aktiviti latihan dan kemahiran. Ini menunjukkan usaha berterusan dan konsisten telah dan sedang dilaksanakan ke arah mengarusperdanakan latihan kemahiran.  Untuk menjadikan matlamat ini satu realiti semua pihak khususnya tenaga pengajar kemahiran Negara perlu menjalankan tugas dengan penuh komited dan bertanggung-jawab bagi membolehkan Malaysia terus berdaya bersaing setanding dengan negara-negara maju yang lain.


Wednesday, November 9, 2011

Objektif Modul @ Module Objective (MO) _Part 03

As-salam semua ^^
Kita sambung jangan tak sambung.. Mari kita teruskan dengan elemen seterusnya dalam penetapan Objektif Modul @ Module Objective (MO) iaitu Condition ^^... Ingat lagi tak posting Chekgu yg sebelum nie???  Jika sedikit terlupa, boleh scroll down & semak posting berkaitan MO Part 01 &0 2 yer.. Apa kata kita recall sikit... Formulasi penetapan MO ...

MO = Action + Condition + Criteria
dimana,  Action =  Verb + Tajuk Modul
 
Bagaimana pula caranya kita nak tentukan elemen Condition yer? Dengan menjawab persoalan berikut,  elemen Condition boleh dikenalpasti  :

1. Apakah Tool, Equipment & Materials (TEM) yg digunakan untuk menjalankan task@steps dalam modul berkaitan?
2. Apakah persekitaran yang menggalakkan perlaksanaan berkesan task@steps tersebut?

Di mana persekitaran membawa maksud sumber organisasi/latihan yang terlibat untuk pelaksanaan tugas atau kerja berkenaan seperti personel di organisasi yang menjadi aset penting pelaksanaan task@steps modul (merujuk CoS), kemudahan latihan terlibat, mesin/peralatan/bahan, dokumentasi dan sebagainya..

Kita masih menggunakan CoS Modul 09 Program VTO dan Task Profiles (rujuk posting MO Part 02) sebagai contoh..  Dengan ini dapat disimpulkan bahawa :

Formula  Condition = Using + Tool, Equipment & Materials (TEM) yang disenaraikan di Task Profile kesemua tasks yang terdapat dalam modul tersebut.

TEM yang dipetik dari Task Profile 03.01 & 03.02

Mana2 TEM yang diulang senarai pada Task Profile lain pada modul berkaitan, tidak perlu disenaraikan berulang kali pada Condition.. Seolah-olah kita sedang meng'cluster'kan semua TEM pada semua Task Profile yang diperlukan untuk melaksanakan modul berkenaan.

Selain dari yg disenaraikan, kenalpasti juga sumber2 organisasi/latihan khusus yg diperlukan untuk memastikan tugasan/kerja/latihan (Action) modul ini dapat dilaksanakan/ disampaikan dgn berkesan..

Sebagai contoh, untuk Deliver Teaching Techniques, TEM yg dibulatkan hijau boleh dispesifikkan lagi kepada :

Venue (Facilities) >>   audio visual aids
Reference material >>> presentation templates, user manual (S.O.P)


Oleh itu, bagi kes Modul 09 ini ...

Condition = Using session plan, training resources, training aids, teaching and learning resources, presentation templates, user manual, audio visual aids and list of candidate.

Ermmm...siap sudah elemen Condition... ini bermakna Chekgu belum sentuh 1 sahaja lagi elemen iaitu Criteria dalam usaha kita nak melengkapkan pernyataan MO ni yer... Jika diizinkanNya, insyaAllah kita berjumpa lagi di posting akan datang .. jumpa lagi!!!

Tuesday, November 1, 2011

Tawaran Penempatan Internship Pelajar VTO CIAST Siri 4/2011


Pusat Bertauliah yang menawarkan program SKM/DKM dan telah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dipelawa untuk menyediakan penempatan internship kepada pelajar VTO CIAST Siri 4/2011.

Latihan internship dijadualkan bermula 09 Januari 2012 hingga 22 Jun 2012.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hostgator coupon