Kriteria dan Peranan Pusat Bertauliah Internship
- Berdaftar sebagai Pusat Bertauliah (PB) dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK ) sepanjang Latihan Internship dijalankan.
- Menawarkan program latihan kemahiran (SKM) yang ditauliahkan oleh JPK yang bersesuaian dengan bidang kemahiran Intern yang memohon penempatan internship.
- PB hendaklah mempunyai pelatih yang sedang menjalani latihan sepenuh masa sepanjang Intern menjalani Internship.
- PB wajib menawarkan jadual pengajaran kepada Intern sekurang-kurangnya 300 jam daripada 720 jam.
- Mempunyai penyelia yang berkelayakan seperti kriteria yang ditetapkan.
- Menyediakan kemudahan yang dijanjikan sebagaimana yang dipersetujui di dalam Borang Jawapan Terima Intern. **BARU
- PB tidak dibenarkan menggunakan biodata dan persijilan Intern bagi tujuan pengiktirafan personel / Pusat Bertauliah melalui eJPK atau secara manual tanpa persetujuan Intern atau pihak CIAST. **BARU
- Menentukan 5 hari bekerja dalam seminggu dengan peruntukan 6 jam sehari masa bekerja tidak termasuk waktu rehat. Tertakluk budibicara dan persetujuan bersama (PB dan Intern) sekiranya bekerja lebih masa diperlukan. **BARU
Kriteria dan Peranan Penyelia Internship
- Seorang personel yang berkelayakan dalam bidang kemahiran SKM yang berkaitan.
- Boleh melaksanakan penyeliaan dan pemantauan dalaman secara berterusan terhadap Intern.
- Bertanggungjawab sebagai Mentor kepada Intern.
- Merupakan Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) di PB Internship berkenaan.
- Pengalaman dalam bidang yang berkaitan sekurang-kurangnya 2 tahun.
- Memiliki kelayakan mengajar bidang Pengajar Vokasional atau yang setara dengannya.
- Dilantik oleh Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) Internship.
- Menyediakan perancangan tugas dan jadual mengajar bagi Intern (sekurang-kurangnya 300 jam mengajar).
- Menyediakan Laporan Kehadiran Bulanan Latihan Internship untuk diserahkan kepada CIAST selewat-lewatnya pada 4hb. setiap bulan berikutnya. **BARU
- Menyelia secara berterusan perlaksanaan Program Internship untuk setiap Intern.
- Menyediakan Laporan Prestasi Intern dan Laporan Pembangunan Bahan Pembelajaran sekurang-kurangnya 2 kali iaitu sebelum Lawatan Internship PP & PPL dijalankan.
- Mengesahkan Buku Log Intern.
- Berada di PB semasa lawatan PP dan PPL.
* Nota: CIAST berhak menukar penempatan intern ke mana-mana PB yang bersesuaian dengan memberi notis, sekiranya didapati PB Internship tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan seperti di atas.
No comments:
Post a Comment