Wahh.. ayat Chekgu masih tergantung! MO masih belum siap..Tinggal 1 lagi elemen untuk menjadikan MO lengkap sepenuhnya.. Selagi hutang tak dijelaskan hati rasa tak senang ^^.. Mari kita sudahkan pernyataan MO kita.. Kita masih menggunakan CoS Program VTO - Modul 09 Teaching Technique sebagai contoh..
MO = Action + Condition + Criteria
dimana :
Action merujuk kepada aktiviti/kerja utama yang dilaksanakan bagi sesuatu modul. Untuk recall, sila rujuk:
Condition pula merujuk kepada persekitaran yang dapat memastikan/menggalakkan Action dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ia termasuklah senarai peralatan, kelengkapan, bahan, prasarana, personel, dokumentasi/ manual yang terlibat di dalam melaksanakan aktiviti/kerja terbabit. Untuk recall, sila rujuk :
dan akhirnya...
Ya.. Criteria.. Terbahagi kepada 2 komponen iaitu :
1. Criteria merupakan how statement bagi setiap proses yang terlibat dalam pelaksanaan Action.
2. Criteria juga merupakan standard bagi produk (product) / perkhidmatan (service)/ keputusan (decision) yang dihasilkan setelah Action dilaksanakan pada Condition yang ditetapkan. Dimana Standard boleh jadi dilihat dalam aspek kualiti dan kuantiti bagi penghasilan produk/ perkhidmatan/ keputusan tersebut.
Formulasi bagi Criteria...
Criteria = so that how statement + in accordance with standard
Lihat contoh di bawah untuk kaedah membuat how statement & standard.
Process Criteria merujuk kepada how statement
Manakala Product Standard bagi criteria ini adalah dalam aspek kuantiti & kualiti penghasilan produk
Oleh itu, dengan merujuk task profile bagi tasks yang dikelompokkan dalam Modul 09 Teaching Techniques, pernyataan how statement (dalam past tense) & standard. dapat ditentukan seperti berikut :
Criteria = so that how statement + in accordance with standard
Criteria = so that session plan for presentation prepared, training requirements set up and session presented in accordanced with job manual specification requirements and Standard Operational Procedures (SOP).
Oleh itu, pernyataan lengkap MO bagi M09 Teaching Techniques ialah ...
MO = Action + Condition + Criteria
Deliver teaching techniques using session plan, training resources, training aids, teaching and learning resources, presentation templates, user manual, audio visual aids and list of candidate so that session plan for presentation prepared, training requirements set up and session presented in accordanced with job manual specification requirements and Standard Operational Procedures (SOP).
Sekian.. terima kasih.. bolehlah Chekgu mimpi topik lain pula malam nie.. takde lagi mimpi MO datang mengejar-ngejar.. huhu.. Gudnite to all ^^