Thursday, December 22, 2011

Yuran SKM-PPT hanya RM100


KUALA LUMPUR: Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) tidak pernah mengenakan bayaran sehingga RM1,000 kepada pemohon Sijil Kemahiran Malaysia, Program Pentauliahan Terdahulu (SKM-PPT), sebaliknya hanya mengenakan yuran RM100.

Timbalan Menterinya, Senator Gan Ping Sieu, berkata, pihaknya menerima aduan daripada pemohon bahawa mereka diwajibkan membayar wang untuk mendapatkan sijil berkenaan dan menyiapkan portfolio kemahiran individu.

Katanya, yuran permohonan adalah RM300, tetapi selepas diberi subsidi kerajaan RM200, pemohon hanya membayar bakinya. “Kebanyakan pemohon ditipu individu atau ejen ketika proses menyiapkan portfolio untuk dinilai. Pemohon berpendidikan rendah mudah tertipu dengan ejen yang berjanji untuk membantu dalam penyediaan portfolio dengan mengenakan caj yang tidak munasabah. 

“Bagi mengatasi masalah itu, pemohon diharap menemui persatuan belia atau pusat khidmat masyarakat bagi mendapatkan bantuan, bukan membayar individu yang tidak dikenali,” katanya ketika sidang media majlis penyampaian SKM-PPT di Pusat Belia Antarabangsa di sini, semalam.

Gan berkata, penipuan itu menyebabkan hasrat kebanyakan individu memohon SKM-PPT terbantut, sedangkan mereka berminat menyertainya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hostgator coupon