Saturday, September 7, 2013

Seminar Technology Update: Interactive Mobile for Learning, Fun & Profit






Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST), di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia akan menganjurkan Seminar Technology Update, Bil. 02/2013 di bawah topik “Interactive Mobile For Learning, Fun and Profit” pada ketetapan berikut:
             Tarikh                       :           19 September 2013 (Khamis)
            Masa                          :           8.00 pagi – 01.00 tengah hari
            Tempat                     :           Auditorium, Blok C, CIAST, Shah Alam

Tujuan utama diadakan seminar ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta mengenai penggunaan teknologi ICT terkini dalam interaktif mudah alih bertujuan membantu di dalam persekitaran pendidikan, hiburan dan perniagaan. Seminar ini melibatkan peserta-peserta yang terdiri daripada tenaga pengajar daripada Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) yang berkaitan.
Sesiapa yang berminat sila e-mel kepada seminar@ciast.gov.my untuk mendapatkan Borang Pengesahan Kehadiran. Manakala, sesiapa yang telah menerima SMS jemputan daripada kami sila akses DI SINI untuk mendaftar kehadiran anda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hostgator coupon