Tuesday, July 23, 2013

Renungan Ramadhan - Pokok dan Mancis

Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis, tetapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok.

Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerana itu setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis terus terbakar. Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidak perlu terbakar marah hanya kerena gesekan kecil.

Ketika burung hidup, ia makan ulat. Ketika burung mati, ulat makan burung. Waktu terus berputar sepanjang zaman. Kitaran kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerena siapa mereka, tetapi kerena siapa diri kita.

Kita mungkin berkuasa tapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita. Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA dan siapa kawan kita sebenarnya.

Ketika kita tua, kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan. Dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.

Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA. Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.

Jadilah teman perjalanan hidup yg tanpa banyak soal dan syarat. Believe in "Cause and Effect" Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai .

Monday, July 15, 2013

Keputusan Penuh WSC2013 Leipziq




WSC 2013 Bukti Tenaga Kerja Mahir Negara Setanding Negara Maju - Ismail

PUTRAJAYA, 10 Julai (Bernama) -- Kejayaan peserta negara meraih sembilan pingat kecemerlangan dalam Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) 2013 membuktikan negara mempunyai tenaga kerja mahir setanding dengan negara maju. Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Muttalib berkata kepakaran 14 pelajar yang menyumbang kepada kejayaan itu perlu digunakan dengan sebaiknya dalam meningkatkan keupayaan tenaga kerja mahir negara.

Beliau berkata pertandingan yang disertai 54 negara di Leipzig, Jerman dari 3 hingga 6 Julai lalu telah mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk agensi awam dan swasta sehingga membawa kepada kejayaan ini.

"Sememangnya penajaan dari pihak industri dan swasta dalam bentuk kemahiran dan kepakaran peralatan dan teknologi, kewangan amat di perlukan untuk kontinjen kita membuat persediaan ke sana," kata beliau dalam ucapannya di Majlis Resepsi Kontinjen Negara WSC 2013 di sini, Rabu.

Beliau juga berharap lebih ramai pihak tampil untuk bekerjasama dalam persiapan peserta negara ke pertandingan edisi akan datang di Sao Paulo, Brazil pada 2015.

Antara bidang kemahiran yang disertai Malaysia pada pertandingan itu ialah masakan, perkhidmatan restoran, teknologi fesyen dan penyejukbekuan serta penyamanan udara, pemanasan dan pemaipan, sistem rangkaian IT, kimpalan dan pemasangan elektrik.

WSC 2013 disertai hampir 1,024 belia berumur 22 tahun ke bawah dari 54 negara dalam 46 bidang kemahiran yang dipertandingkan.

-- BERNAMA

Malaysia Raih Sembilan Pingat Kecemerlangan Di Pertandingan Kemahiran Dunia Di Jerman

SEPANG, 9 Julai (Bernama) -- Peserta negara di Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) 2013 yang berlangsung di Leipzig, Jerman dari 3 hingga 6 Julai lepas meraih sembilan pingat kecemerlangan daripada 14 bidang kemahiran yang disertai.

Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot berkata pencapaian ini amat membanggakan memandangkan pertandingan itu bertaraf antarabangsa yang disertai 54 negara.

Katanya Malaysia menyertai pertandingan dalam bidang masakan, perkhidmatan restoran, teknologi fesyen dan penyejukbekuan serta penyamanan udara.

Bidang lain adalah pemanasan dan pemaipan, sistem rangkaian IT, dandanan rambut, kimpalan dan pemasangan elektrik, kata beliau.

"Peserta bidang masakan Chen Kim Leun merupakan peserta terbaik keseluruhan Malaysia di WSC dengan pencapaian 521 markah," katanya pada sidang akhbar selepas menyambut kepulangan Kontinjen Malaysia WSC 2013 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini Selasa.

Hadir sama Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abdul Muttalib yang juga ketua kontinjen negara ke pertandingan itu, Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Zainal Rahim Seman dan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Datuk Dr Pang Chau Leng.

WSC 2013 disertai hampir 1,024 belia berumur 22 tahun ke bawah dari 54 negara dalam 46 bidang kemahiran yang dipertandingkan.

Sementara itu Riot berkata kontinjen negara perlu mempelbagaikan strategi untuk menghadapi WSC 2015 di Sao Paulo, Brazil dan meraih sekurang-kurangnya satu pingat gangsa.

Sehubungan itu katanya program 'Road to Sao Paulo' akan diadakan sebagai persediaan menghadapi WSC 2015.

Sokongan daripada pelbagai pihak sama ada agensi kerajaan atau swasta amat diperlukan agar Malaysia berjaya membawa pulang pingat yang diimpikan, kata Riot.

Sementara itu Chen, 22, berkata pertandingan itu amat sengit kerana terpaksa bersaing dengan 34 peserta dari negara lain.

"Sepanjang empat hari pertandingan, saya perlu memasak dua hidangan pembuka selera, empat makanan sajian utama dan dua pencuci mulut," kata lulusan sarjana muda dalam Seni Kulinari dari Taylor's College itu.

Bagi Ruqaiyah Azahari, 19, pelajar lepasan Giat Mara Kuala Pilah yang menyertai pertandingan dalam bidang teknologi fesyen, beliau dikehendaki menjahit seluar, jaket dan blaus sepanjang pertandingan berlangsung.

"Kami diberi masa lima jam untuk menyiapkan seluar, empat jam untuk blaus dan 13 jam untuk jaket. Lebih mencabar apabila mesin jahit yang digunakan tidak sama seperti di Malaysia," katanya yang minat menjahit sejak berumur 10 tahun.


-- BERNAMA

Malaysia Grabs Nine Medallions Of Excellence At 2013 WSC

Richard Riot showing the WSC medal won by Chen Kim Luen

SEPANG, July 9 (Bernama) -- Malaysian participants in the World Skills Competition (WSC) 2013 held in Leipzig, Germany from July 3 to 6 took home nine medallions of excellence out of the 14 fields contested.

Human Resource Minister Datuk Richard Riot said it was a proud achievement as it was an international competition participated by 54 countries.

The fields which Malaysia contested in were cooking, restaurant services, fashion technology as well as refrigeration and air conditioning.

Other areas included plumbing and heating, IT network systems, hair dressing, welding and electric installation, he said.

"Cooking contestant Chen Kim Leun is Malaysia's best overall participant in the WSC, garnering 521 points," he said at a news conference after welcoming the Malaysian WSC contingent at the KL International Airport, here today.

Also present were Deputy Human Resource Minister Datuk Ismail Abdul Muttalib, who led the contingent at the competition, Human Resource Ministry secretary-general Datuk Seri Zainal Rahim Seman and Skills Development Department director-general Datuk Dr Pang Chau Leng.

The 2013 WSC saw participation from almost 1,024 youths aged 22 and below from 54 countries, with 46 skills areas in the competition.

-- BERNAMA

9 Medals Won At WSC 2013 Proves Malaysians As Skillful As People In Developed Countries

PUTRAJAYA, July 10 (Bernama) -- Winning nine medals for excellence at the World Skills Competition (WSC) 2013 shows that Malaysia possesses manpower who are as skillful as their counterparts in developed countries.

Human Resources Deputy Minister Datuk Ismail Abd Mutallib said the expertise of 14 students who contributed to that victory should be used in the best way to enhance the skills of Malaysian workers.

He said Malaysia's involvement in the competition participated by 54 countries in Leipzig, Germany from July 3 to 6, received the cooperation of various parties including the private and public sectors.

"The sponsorship and assistance came in the form of expertise, equipment and technology, besides financial, needed by the Malaysian contingent to prepare for the competition," he said at a reception for the WSC 2013 national contingent, here, Wednesday.

He hoped more parties would come forward to support Malaysian participants at the next edition of the competition in Sao Paulo, Brazil in 2015.

At the WSC 2013, Malaysia took part in 14 areas of skills including cookery, restaurant service, fashion technology, hairstyling, freezing and air-conditioning, heating and piping, welding, electrical installation and IT system.

The competition was participated by 1,024 youths aged 22 and below in 46 fields of skills.

-- BERNAMA

Jawatan Kosong - Personel Kemahiran

L02363

MANFRED AUTO ACADEMY
NO.2, LEBUH KOTA PERMAI 1,
TAMAN KOTA PERMAI,
14000 BUKIT MERTAJAM,
PULAU PINANG.


PIC : NIK AHMAD SAIDE NIK HIM
Tel : 019-4454949
Fax : 04-5050113
Emel : nik_saide@yahoo.com

Jawatan : PENGAJAR KEMAHIRAN (AUTOMOTIF) / PEGAWAI PENILAI 
(2 kekosongan)
Kelayakan : EKSEKUTIF AUTOMOTIF (P-080-4)
Gaji ditawarkan : RM1600.00 - RM1800.00
Kemudahan lain : Elaun Penginapan

KEPERLUAN SEGERA!

Wednesday, July 10, 2013

Jawatan Kosong - Personel Kemahiran



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

National Industrial Experts & Technologies Council, NIETEC




'NATIONAL INDUSTRIAL EXPERTS & TECHNOLOGIST COUNCIL'-NIETEC  adalah sebuah pertubuhan berdaftar kebangsaan yang ditubuhkan pada 24 hb. September 2012.

Antara tujuan penubuhan NIETEC adalah;

1. Memimpin dan membentuk kumpulan ahli pakar industri negara dan ahli teknologi yang berintegriti, berdisiplin dan bertanggungjawab.
2. Memelihara status dan kepentingan pakar industri Negara dan profesyen ahli teknologi supaya kekal diiktiraf dan menjadi penyumbang kepada ekonomi Negara.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan maklumat berhubung pertubuhan ini bolehlah melayari laman web rasmi NIETEC di pautan http://nietec.com.my/v1/

WSC 2013 Messe-Leipzig








Keputusan rasmi peserta negara dalam WSC 2013 :

1. Mechanical Engineering CAD - 495 - Tidak Layak ME - Tempat ke-14 drpd. 22 peserta
2. Welding - 500 - Layak ME - Tempat ke-21 drpd. 34 peserta
3. Wall & Floor Tiling - 478 - Tidak Layak ME - Tempat ke-22 drpd. 24 peserta
4. Plumbing & Heating - 502 - Layak ME - Tempat ke-11 drpd. 24 peserta
5. Electronics - 483 - Tidak Layak ME - Tempat ke-11 drpd. 26 peserta
6. Electrical Installation - 512 - Layak ME - Tempat ke-15 drpd. 31 peserta
7. CabinetMaking - 475 - Tidak Layak ME - Tempat ke-19 drpd. 23 peserta
8. Hairdressing - 504 - Layak ME - Tempat ke-11 drpd. 27 peserta
9. Fashion Te chnology - 518 - Layak ME - Tempat ke-6 drpd. 21 peserta
10. Automobile Technology - 488 - Tidak Layak ME - Tempat ke-21 drpd. 32 peserta
11. Cooking - 521 - Layak ME - Tempat ke-9 drpd. 32 peserta * BEST OF NATION AWARD
12. Restaurant Services - 517 - Layak ME - Tempat ke-8 drpd. 26 peserta
13. Refrigiration & Air Conditioning - 512 - Layak ME - Tempat ke-12 drpd. 22 peserta
14. IT Network System Administration - 506 - Layak ME - Tempat ke-15 drpd. 26 peserta

Secara keseluruhan, walaupun tidak memenangi sebarang pingat prestasi Malaysia telah meningkat berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini. Malaysia memenangi sebanyak 9 pingat ME (Medallion For Excellence) yang mana telah memecahkan rekod setakat ini iaitu 5 ME pada WSC 2011 di London. 


Malaysia juga menduduki tangga ke-23 secara keseluruhan yang mana merupakan peningkatan 4 tangga berbanding dengan tangga ke-27 di London.









Keperluan Tenaga Mahir Negara


Syarikat diminta utama anak tempatan

"Menjelang 2015, Iskandar Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 800,00 PERKERJA MAHIR dan SEPARA MAHIR termasuk lepasan bidang hospitaliti serta kemahiran lain"
(Kosmo, 27 Jun 2013)


"Sudah tiba masanya kita membuka minda dan melihat laluan kerjaya dalam bidang KEMAHIRAN mampu meraih pendapatan tinggi sebagaimana negara maju lain seperti Jepun, Korea, dan Jerman. Mereka amat menitikberatkan bidang KEMAHIRAN selain menjadi pilihan utama menentukan kerjaya"

- VIDYANANTHAN
(Berita Harian, 26 Jun 2013)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hostgator coupon