Tuesday, July 17, 2012

76 Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran Diiktiraf Cemerlang

PUTRAJAYA, 16 Julai (Bernama) -- Sebanyak 76 daripada 836 Pusat Bertauliah (PB) yang menguruskan program latihan kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) mendapat penarafan cemerlang bagi sekurang-kurangnya satu program dilaksanakan.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata daripada 4,369 program bertauliah yang ditawarkan PB, 728 program diiktiraf dalam kategori cemerlang, 1,289 program sangat baik, 1,140 program baik dan 503 program tahap memuaskan.


Manakala 408 program pula mendapat penarafan tahap lemah serta 285 program tidak dinilai kerana program tersebut belum dimulakan.


"Ini merupakan permulaan. Kita berharap dalam jangka panjang semua program akan mendapat sekurang-kurangnya tahap baik. Kita tidak mahu tahap memuaskan atau lemah. Saya yakin kita boleh mencapainya pada masa akan datang," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ketua Eksekutif Bertauliah 2012 anjuran JPK, di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah JPK Dr Pang Chau Leong.


Dr Subramaniam berkata penarafan PB yang dilaksanakan setiap dua tahun sekali adalah memastikan program yang dikendalikan memenuhi keperluan industri serta kepentingan negara dan meletakkan pendidikan kemahiran sebagai pilihan utama pelajar di negara ini.


Katanya antara elemen yang diambil kira dalam proses pengauditan itu ialah tenaga pengajar berkualiti dan cara penyampaian berkesan, kurikulum yang digunakan, kemudahan infrastruktur sedia ada dan penerimaan pelajar oleh pihak industri termasuk peluang pekerjaan dan tawaran gaji.


Beliau berkata kaedah pengauditan itu amat berguna bagi menilai dan mengkategorikan tahap keupayaan setiap PB dalam melahirkan pekerja mahir yang diperlukan negara dan untuk menentukan peruntukan serta bantuan kerajaan.


Katanya kini enrolmen pelajar ke pusat latihan kemahiran tempatan hanya 10 peratus yang mana ia jauh lebih rendah berbanding negara Asean lain seperti Singapura, Thailand dan Indonesia.


Kerajaan mensasar meningkatkan komposisi enrolmen latihan kemahiran sekurang-kurangnya 37 peratus menjelang 2020.


Dalam pada itu, Dr Subramaniam kecewa kerana hampir RM500 juta wang Pembangunan Tabung Pendidikan Kemahiran (PTPK) belum dijelaskan oleh lepasan pelajar institut kemahiran di seluruh negara.


"Cuma 53 peratus pelajar yang bayar balik. Jumlah yang belum dikutip lebih kurang RM500 juta. Justeru setiap tahun kita harap peruntukan tambahan daripada kerajaan.


"Misalnya, tahun ini kerajaan beri RM100 juta bagi lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan tambahan RM100 juta bagi pekerja yang mengikuti kursus kemahiran. Ia tidak mencukupi," katanya.


Beliau berkata kementerian bercadang mengemukakan kepada kerajaan satu modul baru seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) agar institusi terlibat dapat merangka program pembangunan jangka panjang tanpa sebarang tekanan kewangan.


Pada majlis itu, Dr Subramaniam turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara JPK dengan KRU Bros Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mewakili organisasi utama dalam sub sektor Media & Hiburan dan QT Hightech Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam membaik pulih, mengubah suai serta mengkonfigurasi peralatan/mesin pembuatan dan fabrikasi wafer semikonduktor.


Selain itu, JPK juga mengadakan MoU dengan Communications Convergence Professional Society (CCPS), sebuah pertubuhan yang diwakili pengamal dan syarikat utama dalam bidang telekomunikasi dan rangkaian.


-- BERNAMA

Six Effective Ways to Foster Innovation

Employee creativity and innovation are essential for the success of any business, particularly in times of economic turmoil. There is a clear connection between employee engagement and innovation according to a 2006 Gallup poll. Engaged employees are more creative and more willing to accept innovative ideas from others. Most CEOs value creativity, and employees who are allowed to be creative are more engaged with their current positions. A company’s culture can either foster or stifle innovation. Fortunately, business leaders are able to shape a more creative work environment if they follow a few basic guidelines.


Maintain an open dialogue between employees and upper management

Dialogue will effectively motivate and engage employees. Always allow employees to present their ideas before important decisions are made. Provide feedback to employees, even when their ideas are not used, so that they know that they are not being dismissed.
Encourage communication between departments: Collaboration between
members of different departments often results in creative solutions for problems. Interdepartmental communication facilitates trust and prevents conflict. Departments that do not communicate are more likely to blame each other when problems arise.

 

Organize brainstorming sessions

IBM has found the innovation jam to be quite successful. Since 2001, jams have allowed hundreds of thousands of IBM employees around the world to connect and come up with innovative solutions for company problems. You do not need to run a global enterprise to benefit from companywide collaboration. Give your employees regular opportunities to bounce ideas off each other.

Engage employees by encouraging them to share creative ideas

Do notlimit creativity to special occasions. Employees should be encouraged to continually share their ideas with supervisors and each other. Find the most effective method of communication for your organization. You may want to create a type of suggestion box or schedule time at the end of meetings for people to share their ideas.

 

Do not force people to be innovative

Creativity can be encouraged but not compelled. Forcing people to present creative ideas at certain times will not bring true innovation. Rather, create a number of different incentives to draw out creativity. Innovative ideas could be rewarded financially, with opportunities for advancement or any other incentive you have found effective for your employee base.

 

Remain flexible and forgiving

Inflexible environments discourage innovation. Innovation often involves taking risks. Encourage employees to think outside the box and implement ideas without interference. Additionally, do not punish employees if ideas are unsuccessful. Employees who are punished for taking risks serve as a warning to others against being creative or innovative.

 

Keep track of company innovations

Many leaders in upper management lose interest in supporting creativity and innovation because they do not bother to keep track of past innovations. Knowing how many employee innovations have been implemented and how successful they are, presents a clear picture of the financial benefits of employee creativity. Keeping track of innovations will also indicate whether any alterations need to be made to recently implemented programs or the company culture.

Friday, July 13, 2012

Majlis Pelancaran 1Malaysia For Youth (1M4U)

Majlis Pelancaran 1Malaysia For Youth (1M4U) oleh YAB Perdana Menteri akan berlangsung seperti ketetapan berikut :

Tarikh   : 15 Julai 2012 
Tempat : Esplanade KLCC, Kuala Lumpur
Masa      : 4.00 petang - 6.00 petang

1Malaysia For Youth (1M4U) merupakan entiti yang ditubuhkan untuk menarik penglibatan golongan belia dalam aktiviti kesukarelaan. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada National Blue Ocean Strategy bertujuan untuk mengetepikan mentaliti silo diantara badan-badan beruniform Kerajaan, NGO dan sektor swasta dalam menggiatkan aktiviti kesukarelaan. Rakyat Malaysia khususnya golongan belia dijemput untuk hadir bersama-sama dengan keluarga bagi memeriahkan majlis tersebut. 

Program majlis adalah seperti berikut:

4.00 petang:Ketibaan Dif-Dif Jemputan Dan Tetamu
4.30 petang:Ketibaan YB Menteri – Menteri Kabinet
4.55 petang:Ketibaan YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak, Perdana  Menteri Malaysia
5.00 petang :YAB Perdana Menteri Bersama Sukarelawan Dalam​​ Go Green Campaign
5.15 petang:YAB Perdana Menteri Bersama iVolunteer
5.20 petang:Melawat Di Booth IM4U
5.25 petang:
·         Nyanyian Lagu Negaraku - LimKokWing choir
·         ​​Tayangan Video Aktiviti kesukarelaan
·         Persembahan Tarian Flash Mob
5.35 petang:​  Ucapan Pelancaran oleh YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia
5.50 petang:    
·         Gimik Pelancaran 1 Malaysia For Youth dan DRe1M
·         Tayangan Stop Motion Video
·         Lagu 1M4U - LimKokWing choir
·         Lagu 1 Malaysia - LimKokWing choir
6.30 petang:​ Bersurai


Wednesday, July 11, 2012

Memperkasa Kreativiti Generasi Baru

Yang Berbahagia Dato' Seri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia  telah menyerahkan Sijil Akuan Pentauliahan (bersyarat) bagi program IT-040-2 Artis Multimedia - Animator kepada Pengerusi KRU Academy, Prof. Dato' Dr. Nazaruddin bin Abdul Jalil menerusi majlis ''Memperkasa Kreativiti Generasi Baru'' di KRU Studio, Cyberjaya pada 10 Julai 2012. Majlis telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Hj. Mohd Yassin,Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia .






Tingkatkan Kerjasama Kerajaan-Industri Untuk Lahirkan Tenaga Kerja Mahir - Muhyiddin

PUTRAJAYA, 10 Julai (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin mahukan kerjasama strategik antara pihak kerajaan dan industri ditingkatkan lagi agar perkembangan latihan kemahiran bergerak seiring dengan kemajuan teknologi dan inovasi.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerjasama itu perlu memandangkan hanya 25 peratus daripada tenaga buruh negara ini merupakan pekerja berkemahiran tinggi, manakala 75 peratus lagi berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau lebih rendah.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, yakin usaha komprehensif dan bersepadu antara sektor awam, swasta dan masyarakat dapat meningkatkan keberkesanan pembangunan modal insan dan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang diperlukan negara.

"Kerjasama antara sektor awam dan swasta bukan sahaja dapat membantu dalam peningkatan kualiti kemahiran, malah dapat memastikan tenaga kerja terlatih bersesuaian dengan keperluan industri," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Perdana Warga Kemahiran 2012, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari Selasa.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Pengerusi Majlis Pertandingan Kemahiran Malaysia Datuk Maznah Mazlan, Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Zainal Rahim Seman dan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Dr Pang Chau Leong.

Lebih 5,000 peserta terdiri daripada pelajar dan tenaga pengajar pusat latihan kemahiran awam dan swasta menghadiri majlis yang julung kali diadakan untuk menguar-uarkan kesungguhan kerajaan yang menjadi tunjang kepada pembangunan tenaga kerja mahir.

Muhyiddin berkata negara sedang memikul tanggungjawab besar dalam usaha melahirkan tenaga kerja mahir dengan menyasarkan 35 peratus tenaga kerja mahir menjelang 2015 dan 50 peratus menjelang 2020, setanding negara maju seperti Singapura, Taiwan dan Korea.

Selain itu, katanya Malaysia perlu beralih daripada aktiviti ekonomi yang bernilai tambah rendah kepada aktiviti yang bernilai tambah tinggi.

Peralihan itu, kata beliau perlu menjurus kepada pertumbuhan ekonomi dan menggerak transformasi daripada negara dengan kos pekerja dan kemahiran rendah kepada negara dengan kos pekerja dan kemahiran tinggi.

"Dengan pelaksanaan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), lebih daripada RM1 trilion nilai pelaburan baru akan dihasilkan dan kira-kira 3.3 juta pekerjaan baru dijangka diwujudkan menjelang tahun 2020.

"Kira-kira 60 peratus daripada pekerjaan tersebut adalah daripada kategori kemahiran tinggi dan sederhana yang memerlukan nilai-nilai kreativiti, pengkhususan, fleksibiliti dan produktiviti lebih tinggi," katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan menerusi dasar transformasi negara, telah menggariskan program yang memfokuskan kepada langkah jangka pendek dan jangka panjang bagi meningkatkan kemahiran tenaga kerja dengan tumpuan kepada memenuhi keperluan industri dan memacu produktiviti.

Antaranya ialah usaha menggalakkan lebih banyak penganjuran dan penyertaan pekerja dalam pertandingan kemahiran di peringkat nasional dan antarabangsa untuk menonjolkan kemahiran, bakat serta kreativiti mereka serta memperoleh pengalaman bagi peningkatan diri dan kerjaya.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru majikan-majikan lain di sektor swasta supaya tampil ke hadapan menyokong dan menaja pertandingan-pertandingan kemahiran seperti ini agar ia menjadi lebih kompetitif dan berkesan," katanya.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada ketua kontinjen Malaysia yang menyertai Pertandingan Kemahiran Asean 2012 di Jakarta, Indonesia dari 10 hingga 18 Nov ini dan melancarkan projek 'Road To Leipzig Gold 2013' bagi menyemarakkan penyertaan Malaysia di Pertandingan Kemahiran Dunia di Leipzig, Jerman dari 1 hingga 7 Julai 2013.

-- BERNAMA

Tuesday, July 10, 2012

Galeri Skills Malaysia @ Perhimpunan Perdana Warga Kemahiran, 10 Julai 2012




















Capitalise On Strategic Alliance To Produce Skilled Workers - Muhyiddin

PUTRAJAYA, July 10 (Bernama) -- The government and the industry should enhance their strategic alliance to enable the development of skills training keep pace with technology and innovation advancement, said Tan Sri Muhyiddin Yassin.

The deputy prime minister said the collaboration was necessary as only 25 per cent of the country's workforce was made up of highly-skilled workers while 75 per cent held only Sijil Pelajaran Malaysia certificate or lower qualifications.

Muhyiddin, who is also education minister, said he was confident that comprehensive and integrated efforts between the public and private sectors, and the community could enhance the effectiveness of human capital and highly-skilled workforce development.

"The cooperation between the public and private sectors will not only help improve skills quality, but also ensure that the trained manpower meets the industry needs," he said at the Skilled Workforce Premier Assembly 2012 at the Putrajaya International Convention Centre (PICC) here Tuesday night.

Muhyiddin said the country targeted to produce 35 per cent skilled labour by 2015 and 50 per cent by 2020, which would be comparable to developed countries such as Singapore, Taiwan and South Korea.

Emphasising the need for the country to shift from low value-added economy to high value-added economy, he said the transition should spur the economic growth and transform the manpower from low-wage, unskilled workers to high-wage, high-skilled workers.

"With the implementation of the National Key Economic Areas, more than RM1 trillion worth of new investments are expected to be generated and 3.3 million jobs created by 2020.

"About 60 per cent of the jobs will be in the high and medium-skilled categories which require creativity, specialisation, flexibility and higher productivity," he said.

Muhyiddin said the government through the national transformation policy outlined programmes that focused on short and long-term measures to upgrade manpower skills by focusing on the needs of the industry and driving productivity.

He also called the private sector to support and sponsor skills competitions.

Muhyiddin later handed over the national flag to the Malaysian contingent which would be taking part in the Asean Skills Competition in Jakarta from Nov 10 to 18 and launched the "Road to Leipzig Gold 2013" project in conjunction with Malaysia's participation in the World Skills Competition (WSC) in Leipzig, Germany from July 1 to 7.

-- BERNAMA 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hostgator coupon